Aku akui bukan mudah menjadi ibu dan isteri dalam satu masa
siang aku harus berkerja,meninggal kan anak ku
hingga malam aku pulang aku harus menunaikan tanggungjawab
aku terhadap anak dan suami ku,
Terkadang aku tak mampu dan daya nak melayan kedua-dua
nya serentak..aku hanya manusia biasa..
Aku tahu aku tidak la sempurna,aku berkerja demi kesenangan anak ku..
Tapi kenapa bila aku gigih mencari rezeki yang halal
ada saja masalah yang aku dapat?
Terlalu berat ujian yang kau berikan Ya Allah sesungguh nya
aku tak mampu hadapi nya sendiri,
kalau aku tak waras,dah lama aku buat kerja gila..
Cukup lah segala penderitaan yang pernah aku alami
Aku hanya mahu kan kehidupan yang tenang
aku akan cuba untuk memperbetul kan semua ini
demi NATRAH DAN ALIFF
walaupun DIA telah banyak melukakan hati ini..
No comments:
Post a Comment