Friday, December 7, 2012

CINTA DAN BENCI

 


Aku akui bukan mudah menjadi ibu dan isteri dalam satu masa
siang aku harus berkerja,meninggal kan anak ku
hingga malam aku pulang aku harus menunaikan tanggungjawab 
aku terhadap anak dan suami ku,
Terkadang aku tak mampu dan daya nak melayan kedua-dua
nya serentak..aku hanya manusia biasa..

Aku tahu aku tidak la sempurna,aku berkerja demi kesenangan anak ku..
Tapi kenapa bila aku gigih mencari rezeki yang halal 
ada saja masalah yang aku dapat? 


Terlalu berat ujian yang kau berikan Ya Allah sesungguh nya
aku tak mampu hadapi nya sendiri,
kalau aku tak waras,dah lama aku buat kerja gila..
Cukup lah segala penderitaan yang pernah aku alami

Aku hanya mahu kan kehidupan yang tenang
aku akan cuba untuk memperbetul kan semua ini
demi NATRAH DAN ALIFF
walaupun DIA telah banyak melukakan hati ini..


A KIDS TO TEENAGERS TO A MOTHER



* INI LAH SCHOOLMATE DARISK.HICOM AND AHAMDULLILAH UNTIL NOW 
KITAORANG MASIH BERKAWAN, AND CIKGU AZLINA U'R THE BEST 
TEACHER EVER,KELASSS ULLOZZ DARJAH 6 DAH PERGI LANGKAWI :)



*NI ZAMAN "MYSPACE" OKEKKK! SAYA FAMOUS DGN NAMA
"BEYLA BEVY"



*NI MY FIRST DAY AT PTPL :)

*MY KAK MALA & ABG LAN,LOVE THEM SOO MUCH
RINDU ZAMAN KITA "DULU-DULU"


* ILLEY,MY BABY MY PARTNER KAROKE,DANCING :)

*MANJE,MY VERY CRAZY HYPER ACTIVE GIRL
HAHAHAHAH pssstffff still rmbr abt this picture,time ni
first time bertentang mata with MR.HUBS
malu ulossszzz nak makan pun cover-cover :P




*TASYA RAZALY
i miss her so badly,she's my soulmate okay
but itu dulu now semua dah lain,takpe thanks sbb pernah
jadi soulmate i, and if tak sbb u i tak kan kenal aliff.
    


 * AHMAD ALIFF
TARAAAAAAA,OUR VERY FIRST DATE :)
MELEKAT JUGAK AKHIR NYA AKU DGN SI SWEETALKER NI :P  





* 18TH BIRTHDAY PRESENT FROM HIM
still rmbr he ask me nak ape for birthday nanti and i said nak BIG TEDDY BEAR
tapi dapat SMALL TEDDY BEAR,hahahaha

*WITH OFFICEMATE WAKi WORLDWIDE
FIRST TIME KERJA SERIOUS AFTER STUDY
MISS THEM SO BADLY :(





*EHHHHH APE NI? MARRIED ALREADY AHHHH?
TAK LOGIK JEWWWW :P




* TADAAAAAA NI MASA 5MONTH PREGNNY
SYOMELLL KAN PEWUT TUUUU

* NUR NATRAH ALIFAH BT AHMAD ALIFF
SHE'S MY EVERYTHING NOW...
IBU SAYANG AWAK
HANYA WANITA YANG SUDAH BERGELAR IBU
JE YANG TAHU BETAPA INDAH NYA MENJADI "IBU"



Sunday, September 30, 2012

Natrah 3 month already



Dia dah pandai senyum, nak ajak borak
heheheh pandai anak ibu!
LOVEEEE YOUUU BABYYY!!!!!!




Tuesday, September 25, 2012

Bersabar lah wahai hati

Kadang-kadang rasa hati ini ada sedikit menyesal
Tak tahu lah kenapa tapi hati ini masih berfikir
Terbayang dosa-dosa lepas mungkin ini lah balasan 

Hati sampai bila kau nak sakit
tak boleh ke rasa bahagia itu selama nya?

Bersabar lah wahai hati. 
Mungkin semua ini seketika Allah nak menguji
akan tiba suatu hari nanti kau akan bahagia .amin

Hello

Hye semua. Update terbaru ni nak bagitahu beyla dah mula kerja balik
Kerja best tapi lately ni selalu EL. huhuhu natrah macam protes tak bagi ibu dia kerjaaaaaaaa!!!
Pukul 6am pagi baru nak tidur tau tau tau, imma so stressssss!!!!
Kalau lah dia faham yang ibu dia ni kerja demi dia kan.huhuhuhu 
Ape pun im happy to be a mother.. Balik kerja penat hilang bila dapat tgk anak 
depan mata. and now baru beyla faham apa makna semua tu
 Nur Natrah Alifah. I LOVE YOUUUUUU :)


Friday, July 13, 2012



Im breaking down because im sick of trying to be good enough, and im done trying to be.
 I'm so ready to let you go, just move on, and be happy.
 But there is always this little shred of.. well maybe he'll want me tomorrow.

Friday, July 6, 2012

Pengalaman Bersalin

Huhuhu tak tahu nak mula dari mana. okay ah actually beyla tak jangka
 nak bersalin awal pun. At first contraction mmng kuat!
So rase tak sedap hati and tak tahu pun nak bersalin macam mana
terus lah pergi hospital ampang!

Then sampai hosp check rupanya air ketuban dah bocor!!!!
Ya Allah masa pakar ckp mcm tu terus meleleha air mata,sbb pakar ckp
bahaya dkt baby boleh dapat kuman semua so 
nak tak nak kena lah tahan wad and induce..

Tapi pakar cakap mungkin ada masalah sbb my baby is pre-mature baby
masa kena tahan wad tu dia baru 35w2days.
so docter xnk ambik risiko dia hold me until 36weeks.
Dekat 5hari dkt wad pehhhhhhh mmng tak ley go..



MY BABY BORN DAY!!!
okay 26june beyla dah kena masuk ubat induce tu, pehhhh mmng xde rase ape at first tau!
After 6hours baru ah beyla terasa macam ada something tak kena dekat bawah ni
so docter datang seluk bawah, pehhhhhhhhhhhhhh dah 5cm jalan bukak ok?
terus docter suruh transfer ke labour room! hehehehe mcm tu ke rasa jalan nak bukak?
then beyla call my husband suruh dtg ambil barang2 then teman me kat labour room

Beyla masuk labour room pukul 5 petang! time tu xde ahh rasa sakit sangat!
yg buat beyla sakit bila docter pelatih uh dtg check. bengang je!! sumpah!
sorang ni dtg kate dah 6cm pastu dia ni plak dtg kata  baru 4cm
kepala otak korang lah buat aku ni macam ayam kan?

then dah pukul 8pm pakar dtg then seluk lagi dia kata still 5cm.
time tu tuhan je yang tahu betapa seksa nya tahan sakit.
then kena masuk ubat lagi,pehhhhh bape byk drip kena masuk!
dah lah nak bangun kencing tak boleh, entah ape nurse tu buat utk keluar
kan air kencing tu,mmng sakit! Menangis-nangis beyla sampai bergaduh dgn husband kejap!

Memang penat asyik kena seluk dengan docter pelatih yang bodoh sangat!
beyla dah lah tengah sakit macam ape je time tu!
Dah pukul 10am beyla mula rasa sakit yg teramat sangat
rasa mcm ada benda nak keluar  tapi tak boleh dah bgtau docter tp dorang hold 
dulu, bodoh tak dorang? 

Time tu darah semua dah keluar, yang my husband gatal pergi tengok
last-last tak sampai 10minit dia demam kat situ, haiyakkkk -..-'
time uh beyla dah penat mmng rasa penat teramat sangat sbb xley bangun 
langsung dari katil tu, sampai beyla tertidur dengan husband kat sebelah!

12am 27JUNE 2012

Okay time ni mmng beyla dah terasa sakit teramat sangat,so pakar datang!
thanks Allah, at least bukan docter pelatih yang bodoh uh yang datang
Pakar pun pelik apehal diaorang hold beyla lama sangat
padahal darah ,ketuban semua dah keluar and beyla mmng rasa nak teran!
so entah ape docter tu guna dia korek-korek and seluk rupanya
pintu rahim dah bukak 9cm cuma selaput beyla terlalu tebal,
lepas dia pecah kan time tu beyla memang dah rasa sakit sangat-sangat
hanya Allah je yang tahu memang time tu dah mejerit meraung-raung
tak tahan sakit and memang berserah dkt Allah bulat-bulat hidup atau tak beyla lepas ni

Beyla baru dapat tahu husband beyla menangis masa tengok beyla menjerit-jerit tu
awwwwww touching saya tahu! tu beyla pelik mana die tibe-tibe xde sebelah
beyla tanye nurse mana husband saye? nurse boleh cakap 
"HUSBAND AWAK DAH KENA KELUAR,DIA PITAM"
wtf? time tu beyla tergelak kejap! hehehehehe ape lah bee ni buat malu je

So lepas selaput tu dah bukak docter suruh beyla push, so beyla push lah!
memang tak boleh.. then beyla dah asthma time tu dah tak ada tenaga sangat nak push
so pakar cakap kena vacumm. Ya Allah time tu nak cakap tak nak pun
dah tak boleh bukak mulut,beyla try jugak push tapi docter cakap jangan!
So lepas kena vacumm baru lah my baby keluar, then pakar terus letak atas beyla!
YA ALLAH indah nya masa tu, syukur sangat anak beyla selamat,
tapi yang buat beyla terkejut masa tu yang nurse suruh tengok gender boy ke girl
hehehe beyla dah tak larat and beyla tau baby boy so beyla cakap je lah
baby boy terus nurse tu jerit kat beyla suruh bukak mata tengok balilk
OMG ITS A GIRL!!!!
terkejut beyla. terus fikir alamak barang dia semua into boy! hahahahaha

Alhamdullilah semua nya selamat dah  even husband dah ke laut!
amin, but my baby kena masuk NICU sbb jantung dia dah lemah
tapi alhamdullilah dia hanya guna bantuan penafasan sehari je
even dia prem baby docter ckp anti-body dia kuat! 

A lots thnks to Pakar Dr.rosvinder and Dr zuraida sbb selamat kan 
semua nya and tak pasal-pasal semua docter pelatih tu kena marah!!
 Ape pun semua dah selamat and now beyla dah jadi ibu :)
THANK YOU ALLAH



MY ONLY ONE

NUR NATRAH ALIFAH 
BT AHMAD ALIFF







Sunday, June 17, 2012


Aku sentiasa menharap kan itu setiap hari
Tak banyak tapi mungkin ada sikit UNTUK AKU
aku bahagia tapi terlalu terluka dengan sikap kau
kerna terlalu mencintai kau DAN DIA!!
I LOVE YOU MR.HUBS


EDITED BY ME








Friday, April 20, 2012

Dear Beyla

PLEASE STAY STRONG..
DONT LET YOUR TEARS DOWN..
KEEP SMILE EVEN UR HEART IS HURTS..

Because I LOVE YOU

When you really care about someone,
their mistakes never change our feelings
because the mind gets angry but the heart that still cares.

Promise me, you won't forget our tears, smiles, laughs,

jokes, conversations, friendship, plans, experiences, and our memories.

because I LOVE YOU

Thursday, April 19, 2012

Hebat nya menjadi ISTERI



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT".

Tentang rasa?




" Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya....
"
By Astrid

This is my love song...
aku bagi lagu ni dekat dia...
but sedih kan bila dia pula bagi lagu ni dekat
girl lain? Ya Allah kuat kan aku :')

Pengalaman masa nikah

Hahahahah this is soooo funny!!
serious hari nak nikah tu kelam kabut dia jangan ditanya!
Before nikah kitaorang buat out-door dulu dekat tasik shah alam
sebab nikah lepas isyak so kalau nak wat out-door malam macam tak cantik gambar!
pehhhhhh malu tahap gaban dah lah petang weekend sure lah ramai orang kan?
semua pandang je kitaorang ambil shooting gambar khawin ni!
then asal lalu je mesti ada orang kata "SELAMAT PENGANTIN BARU"

Masa tengah shoot picture tu sayang give his best to make me happpy
and sorry to says this is my first time rasa happy gila macam ni!
masa photoshoot tu memang nak gelak je manjang!!
sampai penat gila ahh citer dia, melecet-lecet kaki aku


Then nak dekat maghrib baru lah balik rumah, huhhhh cair make up!
then mandi-mandi, touch up make-up! saudara-mara mula membanjiri rumah
segan gila lah time tu, and aku dah mula rasa nervous!

Dah nak pukul 9 kitaorang gerak ramai-ramai pergi rumah tok kadi
otw dalam kereta tu si aliff sibuk naaa lah menhafal
"AKU TERIMA NIKAH FATIN NABILAH BT SAHARUDIN
DENGAN MAS KHAWIN NYA RM300 TUNAI"
cuak dia sbb aku aku cakap aku nak sekali lafaz je,ni
pernikahan pertama dan terakhir aku so aku tak nak kena 2-3kali lafaz


Hmmmmm sampai je dkt rumah tok imam tu aku
dah mula rasa cuak nak mampos
si dik sya ada lah dengan aku duduk sebelah!
aku tengok aliff relax je tp dlm hati dia sape yg tahu kan?
yang aku kt belakang ni main gelak-gelak! hahaahah

Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba, bila tok imam tu dah start suruh aliff
follow cakap dia baca surah2 aku serious dah gigil tubuh badan
aku pandang je babah,muka sedih je nak lepas kan little princess dia ni!!
tak tau nak kate ape dah masa tu serious cuak gila!!
aku tak berapa dengar sangat suara aliff sbb dia jauh ke depan
tapi bila tok imam and semua orang cakap "sah-sah" "Alhamdullilah"
aku dah tau ahh tu dah sah, pehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
time tu sebak gila rasa, nak nangis tapi tak terkeluar then campur happy



hahhhhhh selesai dah tu masa nak baca sumpah taat setia semua tu
baru si aliff ni gagap-gagap! aku gelak lagi kuat jangan cite lah!
family aku semua gelak kaw-kaw!!


Alhamdullilah dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada
AHMAD ALIFF KHAIRUL ANUAR!
huhuhu dah jadi bini orang kan? cayo? tak ahhhh...





Out-door Nikah




Mama. thank you for everything

Mama, after khawin ni baru lah kakak tahu ape perasaan mama selama ni
lain sangat rasa nya bila berjauhan!
Dulu duduk bujang aku rasa freedom gila jauh dgn mama
but bila dah khawin baru aku rasa betapa rindu nya dekat mama!
huhuh memang perkhawinan itu indah tapi banyak jugak pahit nya

Terima kasih mama tolong kakak selama ni,
even kakak tak pernah nak dengar cakap mama selama ni
mama tetap sentiasa ada dengan kakak disaat kakak perlu kan mama

Kakak rindu dekat mama sangat :')

Cinta Dan Benci ?


Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Tlah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
*
Tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja, tak pernah merindu

Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi

Tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

Woo ooo ku sakit karenamu

Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci

Sungguh aku tak bisa membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci ooo
Cinta dan benci ooo yang ku rasa

music


BEYLA MEREPEK